Ebit Lew Gelar Pertemuan Penuh Makna Dengan Warga Emas Gelandangan Sebagai ‘Hari Air Mata’

Bila mana kita merasa bahawa kehidupan yang ditempuh ini perit, percayalah, terdapat manusia di luar sana yang dihadapkan dengan kesulitan yang lebih menyakitkan berbanding dengan apa yang dilalui kita pada ketika ini.

ebit lew gelar pertemuan penuh makna dengan warga emas gelandangan sebagai ‘hari air mata’

Baru-baru ini, pendakwah bebas dan dermawan terkenal, Ebit Lew, sekali lagi menyentuh hati orang ramai apabila beliau menjejaki seorang wanita berusia 62 tahun, Auntry Maaletchmy, yang sekian lama telah menghabiskan sisa kehidupannya sebagai seorang gelandangan.

Menjadi saksi tentang kesukaran yang dilalui warga emas itu dalam kehidupan sehariannya, Ebit menggambarkan hari yang mana beliau bertemu dengan wanita itu sebagai ‘hari air mata’.

Beliau juga sempat meninggalkan satu coretan bermakna di Facebook miliknya, yang mana tulisnya, “Pilu rasa hati, Aunty Maaletchmy ini tidur di bawah pokok kecil selama 14 tahun. Kerja kutip besi. Mak cik ini umur 62 tahun. Rajin kutip besi. Tiga kali saya ternampak mak cik ini kutip besi.

“Cari semula dah tiada. Fasih cakap bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Tak sangla ada orang tidur di sini (bawah pokok) selama ini. Dengan kereta banyak lalu sebelah sini.”

ebit lew gelar pertemuan penuh makna dengan warga emas gelandangan sebagai ‘hari air mata’

Kongsi Ebit lagi, rutin harian wanita tersebut merangkumi hari-hari malam yang mana, dia kana menolak trolinya itu lalu melelapkan mata di bawah pokok, berteduhkan sebuah khemah kecil di tepi jalan.

Tambahnya lagi, wanita tersebut seboleh-bolehnya akan menyorokkan tubuhnya itu agar tidak kelihatan pada pandangan orang ramai. Alasannya, adalah kerana dia mahu menyusahkan orang, biarlah dirinya saja yang merasa susah; itu juga merupakan pendirian penuh kecekalan seorang Aunty Maaletchmy.

“Tauke besi buruk dan beberapa orang susah yang mengenali mak cik ini gembira bila saya datang. Katanya, tolonglah dia, kami risau dia tidur bawah pokok saja.

“Mak cik ini pernah berkahwin. Lagi sedih mak cik ni cerita dekat saya, kadang ada orang kacau. Katanya lelaki pernah buat tak baik padanya atau raba dia. Ramai ambil kesempatan walau dia dah tua. Katanya janji jangan pukul saya sajalah,” lanjut Ebit lagi.

ebit lew gelar pertemuan penuh makna dengan warga emas gelandangan sebagai ‘hari air mata’

Kerana tidak sanggup melihat wanita itu terus hidup dalam keadaan yang sebegitu rupa, Ebit kemudian membelikannya baju baru, menjamunya dan menyewakan sewa rumah agar Aunty Maaletchmy dapat berteduh di kediaman yang rapi dan selamat.

“Syukur dapat sewakan rumah di Mentari Court. Bawa sekali troli dan beg kecil milik mak cik tadi. Dia menangis cakap terima kasih. Saya ingat kamu main-main. Betul kamu baik ya.

“Selepas ini saya tak payah berlari kalau hujan lebat tengah malam. Tiada orang buat tak baik pada saya. Terima kasih ya Ustaz. Saya doakan kamu.

“Sampai 10.30 malam baru saya nak balik dapat satu kes lain pula. Sedih rasa.”

 

Sumber: [1]