Sempoi Habis! Netizen Puji Vokalis Sheila On 7 Kerana Hidup Sederhana Walaupun Masyhur Populariti

Vokalis kumpulan Sheila On 7, Akhdiyat Duta Modjo yang lebih dikenali sebagai Duta kembali mencuri perhatian ramai netizen Indonesia kerana kesederhanaan hidupnya meskipun berstatus vokalis sebuah band terkenal.

sempoi habis! netizen puji vokalis sheila on 7 kerana hidup sederhana walaupun masyhur populariti

Di sebalik status sebagai vokalis sebuah band terkenal di Indonesia, Duta baru-baru ini dilihat menikmati makanan jalanan dalam bungkusan plastik.

Menerusi video tular yang dimuat naik @masmamsm, kelihatan Duta ringkas berpakaian dan berjalan di sekitar kawasan letak kereta sambil menikmati makanan itu.

@masmamsm

Mas Duta si paling kalem dan awet muda ๐Ÿ‘๐Ÿป

โ™ฌ suara asli - tio_sonik_๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ_ - tio_sonik___

Bukan itu saja, dalam video tular lain, Duta dilihat berbual sambil bergelak tawa secara bersahaja di tepi jalan bersama Adam yang juga anggota Sheila On 7.

Tularnya video-video itu membuatkan ramai netizen memuji Duta yang kekal sederhana dalam kehidupan walaupun telah mengecapi pelbagai kejayaan dan populariti menerusi band terkemuka.

“Contoh orang yang berjaya tetapi tidak lupa diri, tetap sederhana dalam semua hal,” komen @bungatulipaja.

“Ingatkan penjaga tempat letak kereta, sumpah maaf,” komen @tridyah06.

“Sheila On 7, peribadinya dari awal kemunculan hingga sekarang sederhana je, tak ada yang pelik-pelik, attitude hebat,” komen @trisma_lim.


Sumber: TikTok