'Duit Jongkook Pun Duit Saya' - Jihyo

Pasangan ‘SpartAce’ yang merupakan gandingan bintang Running Man, iaitu Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo sekali lagi mencetuskan hiburan dalam kalangan para peminat kerana gelagat bersahaja mereka.

'duit jongkook pun duit saya' - jihyo

Menerusi episod terbaru Running Man yang ditayangkan baru-baru ini, Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo dipasangkan untuk berlakon seperti pasangan hidup sebenar dalam satu segmen permainan dalam program terbabit, dan seperti biasa, telatah mereka sering kali membuat ahli-ahli Running Man lain terhibur.

Ketika mereka perlu membayar denda di akhir permainan tersebut, Song Ji Hyo berkata, “Duit Kim Jong Kook ialah duit saya, dan duit saya ialah duit Kim Jong Kook.”

Ia kemudian disambut dengan kecoh oleh ahli-ahli Running Man lain, yang sememangnya gemar mengusik mereka berdua.

Manakan tidak, jawapan tersebut merupakan ungkapan yang sering kali digunakan pasangan yang sudah lama berkahwin, lantas memandai sahajalah geng Running Man memberi reaksi sebegitu!

 

Sumber: [1]