Tahniah, Dua Pelajar Malaysia Tempat Teratas Exam ACCA

Dua pelajar dari Malaysia, Nurul Fatin Nabihah Hamdan dan Siti Naziah Mohamad Nazid mencipta nama apabila berjaya menempatkan diri antara top 10 dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA).

tahniah, dua pelajar malaysia tempat teratas exam acca

Mereka merupakan antara 92,000 calon dari serata dunia yang menduduki peperiksaan itu pada sesi Mac 2021.

 

Nurul Fatin Nabihah, pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) tajaan Yayasan Sime Darby berjaya mendapat tempat pertama di Malaysia dan ketujuh di dunia bagi kertas Strategic Business Reporting (SBR). Beliau juga berjaya lulus dalam satu lagi kertas yang diambilnya iaitu Advanced Taxation (ATX).

 

Manakala Siti Naziah, pelajar tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak pula, berjaya mendapat tempat pertama di Malaysia dan tempat kesembilan di dunia bagi kertas Audit & Assurance (AA).

 

Kejayaan pelajar-pelajar ini pada peringkat global wajar dipuji, tambah lagi dalam merealisasikan hasrat kerajaan menambah bilangan akauntan profesional Bumiputera pada masa hadapan.

 

Sumber: Astro Awani