Ramai antara kita yang mungkin meluahkan rasa syukur apabila memperoleh markah peperiksaan melebihi 90%. Malah, ada juga yang merasa gembira walau lulus ‘cukup-cukup makan’.
Namun berbeza dengan dua orang pelajar dari India ini apabila beliau sanggup mengambil semula peperiksaan Joint Entrance Examination (JEE) selepas memperoleh markah 99%!
Mridul Aggarwal dan Kavya Chopra, pelajar jurusan kejuruteraan, pada awalnya tidak berpuas hati apabila kedua mereka memperoleh 99.99% dan 99.97%.
Disebabkan itu, mereka mengambil semula peperiksaan utama itu pada Mac, dan akhirnya berjaya memperoleh keputusan penuh 100%!
Menurut laporan, kedua mereka menghabiskan masa sehingga 8 jam sehari untuk mengulangkaji pelajaran dalam peperiksaan JEE ini.
Sumber: WOB