Seorang doktor dari Malaysia yang kini bekerja di Hospital DiRaja Derby, Farah Roslan telah mencipta sejarah dengan menghasilkan tudung yang boleh dipakai di dalam bilik bedah.
Menurut laporan BBC, idea tersebut muncul selepas dia memakai tudung yang sama sepanjang hari dan merasakan tidak bersih dan ideal.
Dia turut menjelaskan isu pakaian berdasarkan kepercayaan dan juga minatnya untuk terus bertugas di dalam bilik bedah membuatkan dia terilham untuk menghasilkan pakaian tersebut.
“Saya berasa sangat gembira dan berharap agar perkara ini dapat diperkenalkan secara meluas”, katanya kepada BBC.
Sumber: BBC