“Pengorbanan saya selama ini berbaloi.”
Itu kata Rozita Abdul Hamid, 47, ibu kepada pelajar Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi, 20, yang baru-baru ini berjaya diterima masuk ke Harvard College di Amerika Syarikat.
“Dia anak yang terang hati dan selalu ambil inisiatif sendiri untuk belajar...kejayaannya sudah tentu membanggakan kami sekeluarga.
“Pengorbanan saya dari segi masa dan wang untuk dia berjaya dalam pelajaran akhirnya membuahkan hasil,” ujar Rozita yang bekerja sendiri.
Rozita ditemui ketika Majlis Penyampaian Bantuan Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Kompleks Yayasan Pahang pada Khamis lalu yang mana Muhammad Hamdi menerima sumbangan sebanyak RM10, 000.
Sumber: [1]