Dhabitah Harap Dapat Beri Inspirasi

dhabitah harap dapat beri inspirasi

Nur Dhabitah Sabri bersedia untuk menggalas tugas sebagai duta sukan terjun untuk Malaysia. Atlet terjun berusia 22 tahun itu hampir meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik Tokyo baru-baru ini apabila menamatkan saingan di tempat ke-4 acara 3 meter papan anjal individu wanita. Namun, penerjun negara itu berjaya memenangi hati rakyat Malaysia dengan persembahan memukau pada aksi final.

 

dhabitah harap dapat beri inspirasi

 

Atlet yang lebih mesra dengan panggilan Bitah itu menitiskan air mata ketika ditemuramah sebaik tamat aksi final tempoh hari. Walaupun terlepas peluang meraih pingat, Bitah akui gembira dengan persembahannya dan tidak pulang dengan tangan kosong. Jelasnya, pengalaman yang diperoleh pada temasya di Tokyo itu cukup berharga dan akan mematangkannya pada kejohanan akan datang.

 

dhabitah harap dapat beri inspirasi

 

Dhabitah juga sempat mendapatkan beberapa tips terjunan daripada pemenang pingat emas acara tersebut iaitu Shi Tingmao. Penerjun China itu telah meraih 4 pingat emas pada temasya Sukan Olimpik selain memenangi 8 kejuaraan dunia keseluruhan. Dhabitah sifatkan Tingmao sebagai seorang yang peramah dan tidak sabar untuk mempraktikkan apa yang diajar penerjun China itu sebaik memulakan semula sesi latihan.

 

dhabitah harap dapat beri inspirasi

 

Penerjun negara itu juga berharap lebih ramai gadis menceburi sukan terjun selepas ini. Berdasarkan prestasinya pada Sukan Olimpik Tokyo, tidak mustahil perkara tersebut berlaku. Dhabitah berpendapat sukan terjun akan lebih meriah sekiranya lebih ramai atlet yang akan bertanding dan mencabar atlet sedia ada.

 

dhabitah harap dapat beri inspirasi

 

Dhabitah cetus sensasi pada Sukan Olimpik Rio 2016 ketika berusia 17 tahun kerana sentiasa memaparkan senyuman selepas setiap terjunan. 5 tahun kemudian, Bitah tetap tersenyum ketika bertanding. Haa, korang pun mesti tengah senyum tengok Bitah ni senyum kan?



Oleh: Karami Kamel