Dengan Hanya Mengenakan Jubah & Sandal, Nenek 74 Tahun Ini 'Steady' Daki Puncak Gunung

Seorang nenek berusia 74 tahun berjaya daki puncak gunung hanya dengan mengenakan jubah dan sandal.

dengan hanya mengenakan jubah & sandal, nenek 74 tahun ini 'steady' daki puncak gunung

Barangkali gelaran sesuai yang patut diberikan pada nenek bernama Wan Zaharah ini ialah seorang nenek yang tangkas.

Manakan tidak, di usianya, dia masih bersemangat untuk mendaki puncak Bukit Panau di Tanah Merah, Kelatan bersama anak-anak berserta cucunya.

Lebih menarik, dia hanya memakai jubah dan sandal, bertemankan tongkat kayu bagi membantu langkahnya.

Video pendakian itu dimuat naik oleh cucunya di TikTok yang mana pada ketika ini, ia telah memperoleh ribuan tanda suka daripada ramai warganet.

Dalam video itu, kelihatan nenek tersebut memanjat dengan teliti sambil diperhatikan keluargnya.

Ketika sampai di puncak, nenek itu dilihat cepat-cepat berlari ke pusat untuk berpose ‘kemenangan’ sambil dipuji orang ramai.

Kongsi cucunya, Haishah Hashram, ia merupakan kali pertama neneknya memutuskan untuk pergi mendaki bersama keluarga mereka.

Walaupun ini merupakan kali pertamanya, Wan Zaharah yang berusia 74 tahun ini nampaknya berjaya mendaki ke puncak dengan jayanya.

Menurut Haishah lagi, biarpun di usianya, Wan Zaharah tetap sihat dan tidak mahu menghabiskan masanya hanya dengan tinggal di rumah.

Adakalanya, dia juga akan berjalan-jalan di sekitar kawasan kampung untuk bertemu dengan rakan-rakannya.

 

Sumber: [1]