Demi Nyawa, Petugas Indonesia Gendong Pesakit COVID-19 Ke Hospital, Rentas Sungai Dengan Perahu

Demi nyawa, seorang pegawai polis di Indonesia sanggup menggendong dan merentas sungai menggunakan perahu bagi menyelamatkan seorang pesakit COVID-19 yang semakin kritikal keadaannya.

demi nyawa, petugas indonesia gendong pesakit covid-19 ke hospital, rentas sungai dengan perahu

Dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat, 16 Julai itu, pegawai polis terbabit dapat dilihat memakai pakaian kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) ketika menjalankan tugas tersebut.

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun Tik Tok @yurilestaritiktok, difahamkan bahawa lokasi kejadian tersebut adalah di sebuah kampung di perairan Sungai Perak, Indragiri Hilir, Riau, Indonesia.

Pesakit tersebut berada dalam keadaan kesihatan merosot yang tidak membenarkan dirinya untuk bergerak.

Susulan itu, pegawai tersebut yang dikenali sebagai Dedek segera membawa pesakit terbabit ke hospital untuk menerima rawatan.

demi nyawa, petugas indonesia gendong pesakit covid-19 ke hospital, rentas sungai dengan perahu

Bagaimanapun, perjalanan yang ditempuh mereka tidaklah mudah berikutan kawasan tempat tinggal pesakit yang terletak di pedalaman.

Dedak menggendong pesakit tersebut hingga mereka tiba di pelabuhan kecil, bagi menaiki perahu kayu bermotor untuk menyeberangi sungai.

Dalam perjalanan tersebut, Dedek turut ditemani rakan sekerjanya yang juga mengenakan PPE hingga mereka tiba di hospital daerah.

Sememangnya, besar sungguh pengorbanan seseorang petugas barisan hadapan itu demi menyambut tugas yang diamanahkan kepada mereka.

 

Sumber: [1]