Demi Bergelar 'Maid', Wanita Filipina Ini Sanggup Lepas Cita-Cita Jadi Wartawan

Lebih tiga dekad lalu, seorang warga Filipina bernama Janet Remia Aclon Peremne bermimpi untuk menjadi wartawan penyiaran. Ketika melanjutkan pengajian di tahun kedua dalam Ijazah Sarjana Muda Sastera, dia menjadi tercicir sebelum kemudiannya bergelar deejay di stesen radio.

demi bergelar 'maid', wanita filipina ini sanggup lepas cita-cita jadi wartawan

Bagaimanapun, segala-galanya berubah pada 1990, iaitu ketika dia berusia 24 tahun. Ibu saudaranya bertanyakan kepada dia sekiranya dia berminat untuk bekerja sebagai pembantu rumah di Singapura.

“Satu-satunya perkara yang saya fikir adalah untuk membantu ibu saya, kerana kami lapan beradik,” kata Peremne yang merupakan anak sulung.

Ibunya bekerja sebagai pembantu rumah, manakala bapanya pula seorang pengusaha jentolak di sebuah syarikat pembalakan.

Kerana itu, dia sanggup mengetepikan impiannya untuk bergelar pembantu rumah walaupun dia tidak begitu reti melakukan kerja rumah bahkan menggoreng telur pada ketika itu.

“Ia sangat sunyi. Anda tidak mempunyai sesiapa di negara ini. Anda tidak mempunyai kawan, anda tidak mengenali sesiapa, anda bekerja dengan keluarga yang anda tidak kenali,” katanya ketika mengingati hari-hari awalnya di Singapura.

Setelah bekerja untuk 10 keluarga dalam tempoh 33 tahun, hari ini, wanita yang kini berusia 56 tahun itu akhirnya pulang ke pangkuan keluarga secara tetap di Filipina pada April. 

Dia kini menjadi usahawan yang mengusahakan beberapa perniagaan berbeza serta turut membeli satu unit kondominium. Namun alangkah pilunya, bapanya tidak dapat melihat kejayaan tersebut kerana telah meninggal dunia pada 2003.

Pun begitu, biarpun impian kewartawanannya tidak pernah menjadi kenyataan, Peremne tidak pernah menyesal perjalanan hidupnya walaupun dihadapkan beberapa detik sukar.

“Jika ada ulangan dalam hidup saya, walau sesaat pun saya tidak akan berubah. Saya akan tetap bekerja sebagai pembantu rumah. Bergelar pembantu rumah membawa saya ke tahap saya sekarang,” katanya.

Bagaimanapun, tambah Peremne yang masih bujang, dia mengaku bahawa Singapura telah menjadi rumah kedua kepadanya, dengan laksa dan sate menjadi hidangan kegemarannya. Ketika berada di sana, dia juga gemar melawat East Coast Park yang terletak berhampiran rumah majikan terakhirnya, serta Gardens by the Bay dan Marina Bay Sands.

 

Sumber: [1]