Daripada High School Dropout Hingga Lelaki Terkaya

Dikenali sebagai Superman, Li-Ka-shing, 93, punya cerita yang menarik di sebalik dirinya yang bergelar individu terkaya di Hong Kong.

daripada high school dropout hingga lelaki terkaya

Dirinya bukanlah calang-calang orang kerana Li merupakan seorang ahli perniagaan yang cukup berpengaruh dan dihormati bukan sahaja di serata Asia, bahkan sedunia.

Perjalanannya bergelar seorang usahawan bermula apabila keluarganya melarikan diri ke Hong Kong dari selatan China ketika Perang Dunia Kedua.

Sejak dari situ, Li yang baru sahaja berusia 16 tahun mula mengenali erti tanggungjawab gara-gara terpaksa meninggalkan sekolah dan memasuki dunia pekerjaan dengan bekerja di kilang plastik.

Li amat dikenali sebagai seorang individu yang kuat bekerja.

Ketika usia mudanya, Li dikatakan bekerja selama 16 jam sehari, tujuh hari seminggu.

Sehingga hari ini, beliau dikatakan terus membiasakan rutin tersebut dengan dirinya biarpun angka umurnya kian meningkat dan hampir mencecah satu abad.

Selama hampir empat tahun pendudukan Jepun di Hong Kong, Ka-shing mengirim kira-kira 90% gaji yang diperoleh kepada ibunya.

Pada usia 18 tahun, Li yang menjadi jurujual utama kilang akhirnya dinaikkan pangkat kepada pengurus.

Pada 1950, di usia 22 tahun, Li Ka Shing mengasaskan Cheung Kong Industries yang bertindak sebagai pengeluar plastik dengan menggunakan wang simpanan sebanyak $6, 500 dan pinjaman daripada saudara-mara.

Kilang itu, Cheung Kong Industries, mengeluarkan semua jenis plastik, namun amat terkenal dengan produk bunga plastiknya.

Lebih menarik, Li turut menjangkakan bahawa plastik bakal menjadi industri yang berkembang pesat pada satu hari nanti, dan ternyata sangkaan tersebut menjadi kenyataan.

Pada Mei 2018, Li bersara sebagai ketua CK Asset Holdings dan CK Hutchison Holdings yang ditubuhkannya atas alasan dia telah bekerja untuk tempoh yang begitu lama sepanjang hayatnya.

Namun begitu, dia kekal menjadi Penasihat Kanan.

Anaknya Victor kini mengetuai konglomerat, yang mempunyai lebih daripada 300,000 pekerja dan beroperasi di lebih dari 50 negara.

Laman web Forbes menyenaraikan Li sebagai individu paling kaya di Hong Kong pada 2021, billionaire ke-35 terkaya pada 2020, dan tokoh berpengaruh ke-48 pada 2018.

Yayasan Li Ka Shing juga telah menyumbang lebih daripada $ 3.3 bilion yang mana lebih 80% sumber tersebut disumbangkan kepada Greater China.

 

Sumber: Forbes