Dalam Diam Amelia Baca Semua Komen Netizen, Termasuk Yang Menyakitkan Hati

Pelakon wanita Malaysia yang berasal dari Ampang, Selangor ini cukup dikenali di kaca televisyen menerusi pelbagai drama dan filem lakonannya.

dalam diam amelia baca semua komen netizen, termasuk yang menyakitkan hati
 
Menyedari dirinya berada dalam industri hiburan, Amelia Henderson, 25, akui tidak terkecuali daripada menerima komen negatif di media sosial meskipun berasa diri sudah terbaik.
 
“Saya rasa dalam apa yang anda buat, contohnya jika di pejabat sekalipun, mesti ada yang suka atau tak suka dengan anda. Itu lumrah dalam kehidupan.
“Tapi bezanya bila saya post apa-apa dalam media sosial, semua orang boleh nampak. Tapi saya rasa tak boleh rasa terlalu nak sensitif atau sakit hati. Sebab saya faham berada dalam bidang ini.

dalam diam amelia baca semua komen netizen, termasuk yang menyakitkan hati

“Kadang-kadang orang buat keputusan untuk tak suka anda tanpa mengenali anda. Kemudian benda tu tak boleh nak kawal, anda tak boleh nak buat apa apa tentang itu. Asalkan anda tahu dekat diri anda,  buat yang terbaik dan tak menyakitkan hati siapa siapa,” katanya.

dalam diam amelia baca semua komen netizen, termasuk yang menyakitkan hati
 
Tambahnya lagi, meskipun beliau membaca komen-komen negatif itu, beliau mengambil keputusan untuk mengabaikannya kerana sedar ia dibuat hanya untuk mendapatkan perhatian.
 
“Walaupun ada beribu komen dalam laman media sosial saya, sebenarnya saya ada masa untuk lihat semua dan baca.
“Kadang-kadang ada komen yang menyakitkan hati. Tapi saya kena selalu ingat, saya dilindungi keluarga, kawan dan pihak pengurusan yang sayang saya,” katanya dalam sebuah wawancara bersama Bernama TV.

dalam diam amelia baca semua komen netizen, termasuk yang menyakitkan hati

Sumber: Murai.my / Bernama TV