Comel! Kanak-Kanak Ini Ingatkan Anggota Keselamatan Untuk Check Suhunya

Pandemik COVID-19 sememangnya telah mengubah cara hidup orang ramai.

comel! kanak-kanak ini ingatkan anggota keselamatan untuk check suhunya

Antara rutin yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita semua termasuklah pemeriksaan suhu secara berkala, menggunakan pembersih tangan setiap jam dan memakai topeng muka setiap kali melangkah keluar rumah tanpa mengira golongan umur apa-apa pun.

Buktinya dapat kita lihat dalam sebuah video tular baru-baru ini yang mana seorang kanak-kanak perempuan dilihat berjalan pada anggota keselamatan sambil menunjukkan tangannya selepas mereka terlepas pandang untuk memeriksa suhu badannya.

 

 

Bukan itu sahaja, kanak-kanak perempuan itu malahan turut menghulurkan boneka yang digenggamnya untuk diperiksa suhu.

Tercoret pada ruang kapsyen di Twitter oleh pengguna bernama Dinesh Joshi, “Seorang warganegara yang bertanggungjawab harus bersikap seperti ini.”

Sebaik sahaja video itu meluncuri Twitter, ramai pengguna  telah memenangi beribu-ribu hati di serata internet dengan ramai warganet meninggalkan pelbagai komen positif seperti “Sungguh warganegara yang bertanggungjawab. Sangat comel dan pengajaran yang baik kepada dunia.”

“Kredit kepada negara dia dan ibu bapanya. Langkah berjaga-jaga, tanggungjawab terbentuk pada usia yang begitu muda,” tulis pengguna lain.

 

Sumber: [1]