Cipta Rekod Dunia 191 Kali Tonton Filem Endgame!

Berapa kali anda akan menonton sesebuah filem kesukaan anda?

cipta rekod dunia 191 kali tonton filem endgame!

Seorang lelaki yang juga peminat tegar siri Marvel dari Florida, Ramiro Alanis, telah mencipta rekod apabila menonton filem Avengers: Endgame sebanyak 191 kali di pawagam.

cipta rekod dunia 191 kali tonton filem endgame!

Rekod itu secara rasmi telah diiktiraf oleh rekod dunia, Guinness World Records (GWR) minggu lalu.

cipta rekod dunia 191 kali tonton filem endgame!

Alanis telah menghabiskan 576 jam atau bersamaan 24 hari untuk menonton filem Avengers: Endgame yang berdurasi 3 jam 2 minit, hingga terpaksa mengorbankan beberapa perkara untuk rekod ini.

 

 

"Cabaran paling sukar adalah mengetepikan masa dengan keluarga, rutin di gimnasium dan membahagikan kerja dan waktu menonton filem di pawagam.

"Jadi, mereka yang ingin melakukannya perlu membuat persediaan dari segi fizikal dan mental," katanya.

 

Alanis sebelum ini pernah mencipta rekod menonton filem itu sebanyak 116 kali dan berazam untuk mencipta rekod sebanyak 200 kali.

cipta rekod dunia 191 kali tonton filem endgame!

Menurutnya, beliau terdorong untuk mencipta rekod itu selepas melihat kejayaan YouTuber, NemRaps yang menonton Avengers: Infinity War sebanyak 103 kali.

 

Sumber: GWR