Walaupun Bukan Muslim Tetapi Cikgu Cheah Tetap Membersihkan Telekung Di Surau-Surau Awam

walaupun bukan muslim tetapi cikgu cheah tetap membersihkan telekung di surau-surau awam

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Raja Shamri telah berkongsi satu hantaran daripada seorang guru berbangsa Cina yang dikenali sebagai teacher Cheah Li Na.

Apa yang menarik tentang hantaran tersebut, biarpun teacher Cheah bukan beragama Islam namun itu tidak menghalang beliau untuk melakukan amal kebaikan seperti cuci telekung di surau awam, iron, lipat dan hantar balik ke surau.

Teacher Cheah merupakan salah seorang sukarelawan thirdforce Perak dan beliau banyak menyertai aktiviti-aktiviti sukarelawan di Perak.

Tindakan guru tersebut sewajarnya menjadi contoh kepada sesiapa sahaja tanpa mengira siapa pun dia.

Dalam hantaran itu juga, lelaki tersebut menyatakan wanita itu juga merupakan seorang yang suka dengan kucing. Malah, beliau sering terlibat dalam aktiviti menyelamatkan kucing-kucing gelandangan dan kucing yang sakit.

Wow! Memang betul-betul menginspirasikan. Terima kasih teacher Cheah!

 

Sumber: Facebook Raja Shamri