Chloe Zhao Cipta Sejarah, Wanita Asia Pertama Menang Pengarah Terbaik Di Oscar

Pengarah Chloé Zhao mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik di Oscar menerusi filem arahannya, Nomadland.

chloe zhao cipta sejarah, wanita asia pertama menang pengarah terbaik di oscar

Kejayaaan tersebut sekali gus mengangkat beliau sebagai pengarah pertama dari Asia yang berjaya merangkul anugerah terbabit dan wanita kedua yang memenangi anugerah itu selepas Katheryn Bigelow.

Lebih membanggakan, Zhao juga merupakan wanita pertama yang tercalon dalam empat kategori Oscar iaitu Penyuntingan Filem Terbaik, Skrip Lakonan Terbaik, Pengarah Terbaik dan Gambar Terbaik.

Nomadland mengisahkan kehidupan sekumpulan orang Amerika yang lebih berusia, yang melakukan perjalanan dengan kenderaan mereka serta menjalani kehidupan sebagai nomad dan melakukan perjalanan dengan kenderaan mereka.

Pelakon filem tersebut termasuk mereka yang merupakan nomad dalam kehidupan nyata.

Zhao yang menghasilkan filem tersebut bersama Frances McDormand melintasi negara tersebut selama berbulan-bulan dalam misi mencari nomad dan mengajak mereka untuk berkongsi mereka pengalaman masing-masing ke dalam filem tersebut.

Ujar Zhao kepada NPR, “Saya mencari sesuatu yang merupakan kebenaran.

“Saya mencari momen yang tulen.”

Zhao dibesarkan di Beijing dan bersekolah di asrama yang terletak di London sebelum berpindah ke Los Angeles untuk menamatkan sekolah menengah.

Dia juga merupakn graduan ijazah sarjana muda dalam sains politik sebelum menyambung pengajian dalam bidang filem di NYU yang mana, salah seorang pensyarahnya ialah pengarah Spike Lee.

Dari situ, Zhao mula mempelajari cara untuk mencipta gaya sinematik menerusi gabungan elemen fiksyen dan dokumentari.

Filem pertamanya dikeluarkan pada 2015, berjudul Songs My Brothers Taught Me, yang mana dia turut menggunakan barisan pelakon yang terdiri daripada orang biasa.

 

Sumber: [1