Nak buat menu petang tapi tak tahu nak masak apa? Jom cuba buat cendawan enoki goreng! Memang layan tau!
WANTAN CENDAWAN ENOKI GORENG TEPUNG
Bahan-bahan nya
1. Cendawan enoki
2. Kulit wantan
3. Tepung goreng serbaguna
Cara - cara nya
1. Buang akar cendawan, basuh dan leraikan kemudian toskan sehingga kering air.
2. Kemudian balut dgn kulit wantan seperti dalam gambar. Utk lekatkan kulit wantan tu just pakai air je.
3. Kemudian bedakkan dgn tepung. X payah pakai telur.
4. Bila minyak dah panas boleh goreng sehingga masak kekuningan. Then siap !
Kalau nak lagi sedap boleh hidangkan bersama sos thai ok!