Kesabaran Tinggi Dipuji, Caprice Berhujah Penuh Fakta Isu Palestin-Israel

Konflik Israel-Palestin merupakan satu pertikaian yang masih berlangsung antara Israel dan orang Arab Palestin. Banyak nyawa yang terkorban dan kerosakan harta benda sejak sekian lama, termasuklah salah satu tempat suci agama Islam iaitu Masjid al-Aqsa di Palestin.

kesabaran tinggi dipuji, caprice berhujah penuh fakta isu palestin-israel

Ketika ini, ramai artis popular termasuk mereka yang terbabit secara langsung dalam misi kemanusiaan dan bantuan kepada penduduk Palestin atau perjuangan di media sosial, tidak putus-putus menunjukkan penyatuan solidariti demi rakyat Palestin tertindas.

 

Caprice, antara selebriti di Malaysia yang aktif memperjuangkan isu ini. Menerusi siaran langsung di Instagram @capriceofficial, beliau telah berdebat mengenai isu Palestin-Israel bersama beberapa warganegara Israel.

 

Video yang berdurasi hampir dua jam itu menunjukkan perdebatan antara Caprice dengan gadis yang juga selebriti dan influencer TikTok bernama Shiraz.

kesabaran tinggi dipuji, caprice berhujah penuh fakta isu palestin-israel

Menurut Caprice, beliau gembira dan bersyukur kerana Shiraz sudi melakukan live bersama dengannya. Katanya, tujuan untuk melakukan live ini bukanlah hendak menghentam sesiapa, namun lebih kepada ingin menanam idea baru di kalangan penduduk Israel tentang isu pergelutan kemanusiaan di Palestine.

kesabaran tinggi dipuji, caprice berhujah penuh fakta isu palestin-israel

kesabaran tinggi dipuji, caprice berhujah penuh fakta isu palestin-israel

Dapat dilihat, Caprice hadir dengan fakta hingga membuatkan wanita Israel itu naik angin hingga menaikkan suaranya beberapa kali.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

 

Kesabaran Caprice dalam berhadapan dengan wanita Israel ini dipuji ramai pengikutnya di Instagram termasuklah rakan artis. Carian nama Caprice juga dilihat menjadi trending di Twitter hari ini.

kesabaran tinggi dipuji, caprice berhujah penuh fakta isu palestin-israel

Semoga kita dapat menimba sesuatu daripada perdebatan yang dibuat oleh Caprice ini.

 

Sumber: Caprice