Bintang Tiktok Paling Diikuti Dunia, Khaby Lame Sebenarnya Penghafaz Quran

Siapa nak sangka, gerangan lelaki yang memiliki pengikut TikTok paling banyak di dunia yang bernama Khaby Lame ini sebenarnya seorang Muslim dan juga penghafaz al-Quran.

bintang tiktok paling diikuti dunia, khaby lame sebenarnya penghafaz quran

Khaby Lame, 22, dilahirkan dalam sebuah keluarga Muslim-Afrika di Senegal.

Baru-baru ini, dia berkongsi mengenai kepercayaannya dalam sesi soal jawab di media sosial. Pelawak yang mempunyai 146.1 juta pengikut di TikTok itu turut mengenai identiti Muslimnya menerusi temu bual dengan media Itali.

“Ya, saya seorang Muslim, seorang Muslim yang mengikut ajaran, saya tidak tahu apa lagi yang perlu saya katakan,” katanya.

Menurut Lame, dia dilahirkan di Senegal pada 9 Mac 2000. Keluarganya berpindah ke Itali ketika dia berumur satu tahun. Ketika berusia 14 tahun, dia dihantar ibu bapanya ke sekolah Islam di Senegal untuk mendalami agama itu dan menjadi penghafaz al-Quran.

TikToker itu menjadi terkenal dengan video ‘silent comedy’ yang sering dimuat naik di platform tersebut. 

Dalam tempoh yang singkat, dia telah mengumpulkan berjuta-juta pengikut di YouTube dan TikTok sehingga berjaya mengatasi TikToker Amerika, Charlie D’Amelio sebagai TikToker yang paling banyak diikuti di dunia.

 

Sumber: [1]