Billie Eilish Mengaku Baru Pertama Kali Pergi Date Baru-Baru Ni

Jangan pernah rasa ketinggalan sekiranya ada antara korang yang masih belum melalui pengalaman pergi ke first date biarpun sudah melepasi usia remaja; kerana penyanyi muda popular, Billie Eilish pun mengakui bahawa dirinya pun baru sahaja melalui pengalaman tersebut di usia yang hampir menginjak 20 tahun!

billie eilish mengaku baru pertama kali pergi date baru-baru ni

Perkara tersebut didedahkannya sendiri ketika dia ditemu ramah oleh majalah British Vogue baru-baru ini, yang mana Billie berkongsi bahawa dia sempat keluar untuk ‘janji temu’ pertamanya itu sehari sebelum.

Dalam video tersebut, pemenang anugerah Grammy yang berusia 19 tahun itu menjawab pelbagai pertanyaan daripada 23 peminat terkenal yang mana antaranya termasuklah bintang-bintang global seperti Justin Bieber dan ramai lagi.

Di minit 1:45 video itu, seorang pemuzik bernama Dominic Fike bertanya mengenai bilakah kali terakhir Billie melakukan sesuatu untuk pertama kali dalam hidupnya.

Jawapan yang dikeluarkan Billie sememangnya sesuatu yang tidak disangka-sangka yang mana pelantun lagu “Bad Guy” itu menjawab dengan penuh gurauan, “Jawapannya sangat jelas, jadi saya tidak akan menjawabnya.”

Kongsinya, “Saya pergi date untuk pertama kalinya semalam, jadi itulah dia.”

Tambahnya lagi, banyak benda yang dapat dia katakan sebagai respons terhadap pertanyaan Fike itu namun jelasnya, segala jawapan tersebut adalah lebih baik untuk disimpan dalam kotak fikirannya sendiri.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan siapa gerangan lelaki yang dimaksudkan Billie itu.

Terdahulu, terdapat khabar angin yang mengatakan Billie kini sedang hangat bercinta dengan pelakon Matthew Tyler Vorce setelah tersebar foto mereka meluangkan masa bersama di Santa Barbara, California pada April lalu.

Khabar angin tersebut diperkuatkan lagi apabila ibu kepada Billie, Maggie Baird dan abangnya, Finneas O’Connell, turut mengikuti akaun Instagram peribadi milik pelakon tersebut.

Tidak banyak yang diketahui mengenai hubungan percintaan Billie, namun dahulunya, menerusi dokumentari pertama Billie, penyanyi muda itu didedahkan pernah menjalin hubungan bersama artis rap, 7:AMP atau nama sebenar Brandon Quention Adams, tetapi berakhir di pertengahan jalan sekitar Jun 2019.

Dalam perkembangan lain, penyanyi muda itu mengejutkan arena hiburan dunia baru-baru ini dengan penampilan terbarunya sebagai gadis yang beridentitikan rambut blonde sempena kemunculan kembalinya menerusi album baru yang akan dikeluarkan hujung Julai tahun ini.

 

Sumber: [1]