Berjaya Capai Lebih Dari RM7.5 Juta Jualan Produk, Khairulaming Buka Kilang Sendiri!

Personaliti media sosial atau chef selebriti, Khairul Aming, kini mengorak langkahnya menjadi seorang usahawan berjaya dengan membuka kilangnya sendiri selepas menemui kejayaan menerusi produk sulungnya, iaitu Sambal Nyet.

berjaya capai lebih dari rm7.5 juta jualan produk, khairulaming buka kilang sendiri!

Menerusi entrinya di Twitter, Khairul memaklumkan produknya itu berjaya mencecah jualan RM7.5 juta dalam tempoh setahun.

Bukan itu sahaja, kilang pengeluaran sambal tersebut seluas 14,000 kaki persegi juga telah siap dibaik pulih dan beroperasi.

Kata Khairul, dia bagaimanapun berat hati pada mulanya untuk membangunkan kilang tersebut, namun dia memilih tekad berbuat demikian berikutan keinginannya untuk belajar dan memahirkan dalam segenap aspek perniagaan serta pengeluaran.

“Sepanjang setengah tahun yang lepas macam-macam silap aku buat. Ada tersilap beli mesin, tersilap beli material, tersiap design layout dan macam-macam lagi. Tapi dari situ kita belajar. Selepas spend lebih RM1 juta, ini kilang yang beroperasi pada hari ini.

“Dari segi pembuatan sambal, kita dah berjaya automate lebih dari 50 peratus. Berbekalkan dengan mesin-mesin ni, banyak masa kita dapat jimatkan untuk production,” coretnya.

Dalam entri sama, Khairul juga mendedahkan yang dia bakal mengeluarkan produk baru tidak lama lagi selain turut meluahkan rasa terhutang budinya terhadap mereka yang kekal menyokongnya sehingga hari ini.

“Saya sangat terhutang budi dengan anda semua dan juga team Sambal Nyet atas sokongan yang berterusan. Tak pernah imagine dapat sampai ke tahap ini,” katanya.


Sumber: [1]