Bekas Pemain Bola Sepak Korea Menetap Di Gunung Setelah Kecewa Bercerai Dengan Isteri

“Saya gembira berada di tempat ini yang mana tiada orang datang atau pergi.”

bekas pemain bola sepak korea menetap di gunung setelah kecewa bercerai dengan isteri

Begitulah luahan bekas pemain bola sepak kebangsaan Korea Selatan, Song Chong Gug, 43, yang kini menetap di salah satu kawasan pergunungan di negara itu setelah putus hubungan dengan isterinya.

Menerusi satu dokumentari yang disiarkan di saluran MBN pada 29 Julai lalu, Song Chong Gug mendedahkan dia memilih untuk tinggal di kawasan terpencil itu semenjak bercerai dengan bekas orang rumahnya yang merupakan seorang pelakon, iaitu Park Yeon Soo.

Dalam episod sama, beliau juga dilihat menggali herba di kawasan pergunungan yang dikatakan terletak 1,000 meter dari atas permukaan laut itu.

Tidak ketinggalan, beliau turut berkongsi pemandangan ladangnya, tempat beliau bercucuk tanam pelbagai sayur-sayuran seperti lada, kubis dan sebagainya.

Ketika kariernya sebagai pemain bola sepak kebangsaan, Song Chong Gug pernah bermain dalam Piala Dunia FIFA pada 2002 dan 2006.

Sebelum bersara di usia 34 tahun pada 2012, Song Chong Gug turut sempat bermain untuk dua kelab profesional antarabangsa iaitu di Arab Saudi dan China.

Pada 2015, beliau bercerai dengan pelakon Park Yeon Soo yang dikahwininya selama sembilan tahun. Pasangan tersebut mempunyai seorang anak perempuan yang kini tinggal bersama ibunya.

Terdahulu, ketika berita mengenai perceraian mereka hangat diperkatakan, Park Yeon Soo pernah membuat pendedahan yang mengatakan Song Chong Gug curang dalam perhubungan mereka.

Namun Song Chong Gugmenafikan tuduhan terbabit dengan mengatakan, “Ia sama sekali tidak benar dan saya mengalami masa yang sukar namun saya percaya andaian tidak masuk akal ini adalah disebabkan tingkah laku saya yang salah.”

 

Sumber: [1]