Anjing Warisi Harta RM20.2 Juta Lepas Pemiliknya Meninggal Dunia

Seekor anjing kini menjadi jutawan selepas pemiliknya mewariskan harta pusaka bernilai AS$5 juta (kira-kira RM20.2 juta).

anjing warisi harta rm20.2 juta lepas pemiliknya meninggal dunia

Anjing yang dikenali dengan nama Lulu, 8 tahun, tinggal di Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat, menerima wang itu daripada pemiliknya yang sudah meninggal dunia, bernama Bill Dorris.

 

Bill Dorris yang juga seorang usahawan, tidak mempunyai isteri atau anak untuk mewariskan harta miliknya, selepas beliau meninggal dunia pada November tahun lalu.

 

Memetik laporan dari berita  News Channel 5, "Lima juta dolar akan dipindahkan ke sebuah amanah yang akan dibentuk setelah kematian saya untuk menjaga anjing border collie, Lulu."

 

Anjing baka border collie itu kini diletakkan dibawah jagaan Martha Burton, 88, yang selama ini merupakan penjaga Lulu semasa tuannya keluar melakukan perjalanan perniagaan.

anjing warisi harta rm20.2 juta lepas pemiliknya meninggal dunia

Martha sendiri tidak faham keputusan Dorris untuk mewariskan harta kepada anjing kesayangannya itu.

 

"Saya tidak benar-benar tahu apa yang harus difikirkannya untuk memberitahu anda perkara yang sebenarnya," kata Burton kepada News Channel 5 mengenai hubungan Lulu dengan mendiang tuannya.

"Dia sangat menyayangi anjing itu," jelas Martha.

Meskipun anjing berkenaan kini adalah jutawan, ia bukanlah lesen untuk anjing itu membeli makanan mewah atau sebesar tulang dinosour untuk dimakan, sebaliknya ia membenarkan Burton dibayar dengan perbelanjaan bulanan bagi menjaga Lulu.

 

Sumber: News Channel 5