Anjing Pengesan Dianugerahkan Pingat Penghargaan

anjing pengesan dianugerahkan pingat penghargaan

Seekor anjing pengesan dari Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang telah dianugerahkan sebuah pingat penghargaan.

Anjing yang lebih mesra sebagai Lao Wu itu telah banyak membantu pihak polis dan terbaru dia dianugerahkan pingat tersebut kerana kejayaannya membantu pasukan pengesan dalam menumpaskan sindiket curi kenderaan yang diadakan di sekitar negeri Pahang.

Augerah tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato’ Mohd Yusri Haji Hassan Basri ketika Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Selain itu, turut menerima penghargaan ialah Sarjan Sanmugam Subramanian iaitu pengendali dan pelatih anjing tersebut.

Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Polis)