Anak saudara Puteri Diana, Laddy Kitty Spencer, 30, menamatkan zaman bujangnya bersama mogul fesyen ternama, Michael Lewis, 62.
Pasangan tersebut mengikat pertalian cinta mereka dalam satu upacara mewah yang diadakan di Itali pada hujung minggu lalu.
Dalam majlis tersebut, Lady Kitty Spencer atau nama sebenarnya, Lady Katherine Eleanor Lewis, mengenakan persalinan gaun khas Dolce & Gabbana yang dipasangkan dengan kelubung tradisional dan anting-anting gelung halus.
Wanita aristokrat Britain yang juga seorang model profesional itu, merupakan anak perempuan kepada adik lelaki mendiang Puteri Diana, Charles Spencer.
Pertunangannya bersama Lewis dikongsikan kepada orang ramai pada Januari 2020, dan pasangan yang memiliki jurang umur 32 tahun itu akhirnya berkahwin setelah menjalinkan hubungan cinta kira-kira dua tahun setengah.
Memetik laporan People, antara tetamu jemputan yang menghadiri majlis tersebut termasuklah saudara perempuan Kitty, iaity kembar Lady Eliza dan Lady Amelia Spencer, selaij bintang pop, Pixie Lott.
Bagaimanapun, kelibat Putera William dan Putera Harry dilaporkan tidak kelihatan di majlis perkahwinan terbabit.
Dalam perkembangan lain, baru-baru ini, Putera William dan Putera Harry kembali bersatu bagi melancarkan tugu peringatan Puteri Diana di Isteri Kensington bersempena ulang tahun mendiang yang ke-60.
“Setiap hari, kami berharap dia masih bersama kami, dan harapan kami adalah tugu ini akan dilihat selamanya sebagai simbol hidup dan warisannya,” demikian pernyataan daripada kedua-dua putera itu.
Sumber: [1]