Anak Malaysia Hasilkan Cover Depan Komik DC Terbaru Batman

Semakin ramai anak Malaysia yang terus mencipta nama di persada antarabangsa.

Mengharumkan nama negara dengan bakat-bakat yang dimiliki.

Selepas Neelofa, Yuna, James Wan, Michelle Yeoh dan juga Henry Golding, terbaru seorang comic artist yang dikenali sebagai Alan Quah, telah memaklumkan menerusi facebooknya, komik DC ‘Tales from The Dark Multiverse: Batman Knightfall” yang bakal dirilis pada 16 Oktober depan merupakan hasil kerja tangannya.

Menurutnya, beberapa minggu yang lalu dia diberitahu oleh Daniel Scott, DC telah menawarkannya peluang untuk menghasilkan cover depan komik Batman. 14 tahun dia menunggu peluang melukis untuk komik DC. Ini antara momen yang dikongsikan bersama cucunya nanti.

Ruangan komen di post itu dibanjiri dengan ucapan tahniah atas pencapaiannya.