Padam Gambar Di Instagram, Pelakon Aishah Azman Buka Buku Baru Dengan Imej Berhijab

Satu demi satu selebriti dilihat semakin beralih ke arah penghijrahan, kali ini, arena hiburan negara disambut pula dengan imej terbaru Aishah Azman yang kini berhijab.

padam gambar di instagram, pelakon aishah azman buka buku baru dengan imej berhijab

Pada Jumaat lalu, Aishah Azman buat pertama kalinya memuat naik gambarnya mengenakan hijab berserta kapsyen “Salam Jumaat”.


Menerusi entri tersebut, imej terbaru Aishah itu disambut baik oleh warga netizen dan juga rakan-rakan selebriti lain.


Sejak tampil dengan imej terbarunya itu, adik kepada pelakon Afiq Muiz itu dilihat memadam gambar-gambar dahulunya sebelum mengenakan hijab hingga meninggalkan hanya 32 gambar di ruangan Instagram miliknya.