Abby Abadi Kongsi Cara Didik Anak Tutup Aurat Di Awal Usia

Penyanyi kumpulan Elite dan pelakon, Abby Abadi, berkongsi mengenai cara memberi didikan awal kepada anak-anak untuk menutup aurat.

abby abadi kongsi cara didik anak tutup aurat di awal usia

Menerusi satu entri di Instagram, tulis Abby, “Ada yang tanya pada saya macam mana saya didik anak-anak perempuan boleh bertudung atau menutup aurat seawal usia. Serba sedikit saya boleh kongsikan. Jika nak anak perempuan kita berjaya di dunia dan akhirat, wajib kita sebagai umat Islam perkenalkan Allah kepada anak kita seawal bayi lagi.”

Tambah Abby, “Bila tidurkan anak, dodoikanlah anak dengan zikir, selawat, dan lagu-lagu nasyid yang memuji Allah. Apabila selalu disebut dan didengarkan dengan nama-nama Allah, anak perempuan kita akan mengenali dan mencintai Allah.”

Lanjutnya lagi, “Seawal anak kita kecil lagi, elakkan daripada memakaikan baju yang keterlaluan. Ajar anak kita untuk memakai baju berlengan panjang. Nanti bila anak semakin besar, mereka akan malu sendiri untuk berpakaian seksi.”

abby abadi kongsi cara didik anak tutup aurat di awal usia

Selain itu, Abby turut menambah, tidak mengapa untuk mengajar seseorang anak perempuan itu untuk menutup aurat dengan tudung sejak kecil namun jangan terlalu memaksa.

Simpulnya, “Paling penting, hantar ke sekolah yang baik dan beri pendidikan dunia akhirat juga. Sebab akan jadi rutin anak-anak bila sentiasa belajar tentang Allah, Muhammad dan Islam, akan terbentulah peribadi umat Muhammad.

“Insya-Allah bila kita usaha sebaik dan semampu kita, Allah akan permudahkan dan bagi jalan.”

 

Sumber: Instagram/Abby Abadi

ARTIKEL BERKAITAN