Aamir Khan Umum Undur Diri Dari Media Sosial

Bintang ternama Bollywood, Aamir Khan mengejutkan ramai apabila dirinya mengumumkan untuk berhenti daripada menggunakan media sosial.

aamir khan umum undur diri dari media sosial

Pengumuman tersebut dibuat sehari selepas pelakon Dhoom 3 itu menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-56.

Menerusi entri di Twitter dan Instagram, Aamir dilihat menulis, “Hai semua, terima kasih banyak atas semua cinta dan kehangatan yang diberikan pada hari lahir saya.

“Dalam perkhabaran lain, ini akan menjadi catatan terakhir saya di media sosial.”

Lanjutnya lagi, “Memandangkan saya begitu aktif, saya telah memutuskan untuk melepaskan kepura-puraan tersebut.”

Kongsi Amir, walaubagaimanapun, beliau akan terus berkomunikasi dengan para pengikut seperti sebelumnya.

Tambahan lagi, segala perkembangan seni terbaru dan mengenainya bakal dikemas kini menerusi laman rasmi Aamir Khan Productions (AKP) yang baru sahaja dibikin akaun rasmi media sosial.

Kedua-dua akaun Twitter dan Instagram Aamir kini telah dipadam.

Terdahulu, Aamir mempunyai pengikut sebanyak 26.7 juta di Twitter dan 3.6 juta di Instagram.

 

Sumber: The News