5 Wanita Malaysia Yang Menggegarkan Dunia

5 wanita malaysia yang menggegarkan duna

Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia pada hari ini, SYOK nak berkongsi dengan korang 7 wanita Malaysia yang telah menggegarkan dunia dalam pelbagai bidang.

Maybe, ramai yang tak tahu sebenarnya wanita dekat Malaysia ni sangat hebat. Selain daripada artis dan selebriti, kita juga ada mereka yang menyumbang dalam bidang-bidang tertentu di peringkat dunia.

Jadi, jom kita selusuri 5 wanita Malaysia yang telah menggegarkan dunia:

1. Dr Farah Roslan- Doktor yang mencipta hijab untuk bilik pembedahan pertama di dunia.

5 wanita malaysia yang menggegarkan duna

Menurut laporan BBC, Farah Roslan merupakan seorang doktor junior yang kini sedang dalam latihan di Royal Derby Hospital. Baru-baru ni, beliau telah mendapat perhatian apabila beliau telah mencipta tudung pakai buang khas untuk bilik pembedahan. Jadi, lepas ni doktor wanita muslim tak perlu risau lagi tentang kebersihan sepanjang pembedahan..

 

2. Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim- Wanita yang bekerja di NASA

5 wanita malaysia yang menggegarkan duna

Beliau merupakan wanita Malaysia pertama yang terlibat secara langsung dalam program penghantaran penyelidikan ke Marikh bersama NASA. Beliau telah ditugaskan untuk membina nanosatelit biopenderia bagi menjalankan kajian ke atas gravity untuk tumbuh-tumbuhan. Kini beliau merupakan pensyarah kanan di UIAM

 

3. Sabriah Hussein- Mother Teresa of Montreal

5 wanita malaysia yang menggegarkan duna

Wanita berusia 72 tahun ini pernah menjadi tumpuan di Kanada beberapa tahun lalu. Beliau merupakan seorang penggerak kepada sebuah NGO yang memberi makanan kepada mereka yang kurang berkemampuan dan menyediakan rumah perlindungan kepada kaum wanita. Beliau juga terkenal dengan aktiviti menyediakan juadah makanan ketika bulan puasa. Beberapa tahun lepas Sabariah menjadi tumpuan apabila beliau menolak pelawaan Perdana Menteri Kanada untuk bertemu dengannya kerana mengutamakan kerja-kerja kesukarelaan.

 

4. Yunalis Zarai- Penyanyi yang membawa Malaysia ke mata dunia

5 wanita malaysia yang menggegarkan duna

Tidak perlu diperkenalkan lagi figura ini. Beliau banyak berkolaborasi dengan nama-nama besar seperti Pharell Williams, Usher, Tyler The Creator, Jay Park, Miyavi, Epik High, TOKiMonsta dan ramai lagi. Yuna benar-benar mengembang bakatnya ke seluruh dunia. Beberapa lagunya mendapat tempat di dalam carta Billboard. Albumnya didengar dan disukai oleh ramai orang di dunia.

 

5. Nicol Ann David- Juara Dunia yang disegani biarpun selepas persaraan

5 wanita malaysia yang menggegarkan duna

Biarpun Nicol Ann David telah menggantung raket squasynya, namun pemegang rekod pemain nombor satu dunia sukan Squasy paling lama itu tetap disegani. Sepanjang kariernya, Nicol berjaya meraih pelbagai kejayaan yang sukar dikecapi oleh mana-mana atlet. Selepas persaraan, Nicol terus berkhidmat dan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk terus minat akan sukan Skuash.

 

 

 

Sumber: BBC  Harian Metro Halal Will Travel