Serikan Rumah Korang Dengan 5 Tumbuhan Yang Mudah Dijaga Ni

serikan rumah korang dengan 5 tumbuhan yang mudah dijaga ni

Kredit: Freepik

Tak kiralah rumah korang besar atau kecil, duduk menyewa atau tinggal di asrama ke, tumbuhan boleh menyerikan ruang di samping menyegarkan udara.

Menurut Stanley Kays, profesor emeritus hortikultur di University of Georgia, tanaman rumah bukan je boleh jadi pendamping yang menyenangkan, tetapi juga memberikan beberapa manfaat kesihatan.

Kajian menunjukkan bahawa tanaman dalam rumah dapat menghilangkan tekanan dengan menenangkan sistem saraf simpatik yang membuat seseorang merasa lebih bahagia.

Bukan tu je, menikmati alam sekitar termasuklah tumbuhan rumah boleh memberi kesan positif kepada tahap mood dan tenaga seseorang, menurut sebuah kajian. Di samping itu juga, ia cukup indah untuk dijadikan hiasan dalam rumah.

Jom dapatkan lima tanaman kecil yang sesuai diletakkan dalam rumah ni:

#1 Ficus Elastica (RM28)

5 tumbuhan dalam rumah yang cantik dan mudah dijaga

Kredit: Shopee

Tanaman ni boleh dijumpai di benua Asia Selatan dan Asia Tenggara. Ia boleh tumbuh setinggi 3 meter. Kalau korang takde haiwan peliharaan (sebab ia agak toksik buat haiwan), korang boleh letak tanaman ni dalam rumah.

Ia memerlukan persekitaran yang lembap dan korang kena semburkan air apabila cuaca benar-benar panas.

Jom dapatkan tanaman ni.

Dan kalau korang perlukan pasu untuk letak tanaman ni, check out bakul rotan ni yang berharga RM19.97 je!

5 tumbuhan dalam rumah yang cantik dan mudah dijaga

Kredit: Shopee

#2 Yellow Sansevieria (RM25)

5 tumbuhan dalam rumah yang cantik dan mudah dijaga

Kredit: Shopee

Juga dikenali sebagai “lidah mak mertua” (kiasan yang tepat sekali sebab bucu tanaman ni tajam, sama macam mulut mak mertua!), yellow sansevieria ni amat digemari ramai sebab dia mampu tumbuh segar walaupun dalam persekitaran yang kurang baik, dan tak memerlukan penjagaan yang teliti.

Korang tak boleh terlalu kerap menyiramnya. Jangan siram bila daun dah nampak kekuningan, dan pastikan bila lepas siram tu tanahnya benar-benar kering (air tak bertakung).

Jom dapatkan tanaman ni.

Apa kata korang padankan lidah mak mertua ni dengan pasu berkaki yang berharga RM140 ni.

5 tumbuhan dalam rumah yang cantik dan mudah dijaga

Kredit: Shopee

#3 Terrarium set (RM44)

5 tumbuhan dalam rumah yang cantik dan mudah dijaga

Kredit: Shopee

Nak tumbuhan kecil dan cantik untuk hias bilik serta mudah dijaga? Terrarium sesuai sangat untuk korang.

Untuk terrarium jenis lumut, ia hanya memerlukan sedikit air seminggu sekali. Untuk terrarium yang lebat, ia perlu disiram dua kali seminggu. Pastikan terrarium korang tak berada direct di bawah sinar matahari untuk mengelakkan ia daripada menjadi panas dan kering.

Jom dapatkan tanaman ni.

Apa kata korang padankan terrarium dalam bekas geometrik yang berharga RM49.55 ni.

5 tumbuhan dalam rumah yang cantik dan mudah dijaga

#4 Caladium (RM30.90)

5 tumbuhan dalam rumah yang cantik dan mudah dijaga

Kredit: Shopee

Tanaman ni banyak dijumpai di benua Amerika Selatan, dan ia datang dalam pelbagai kombinasi warna, contohnya macam hijau/pink, hijau/pink/putih, merah, putih, dan banyak lagi.

Kalau letak dalam rumah, pastikan ia terkena cahaya matahari, dan siram air sekali setiap hari guna spray.

Jom dapatkan tanaman ni.

Apa kata korang padankan caladium dengan pasu marble yang berharga RM42.90 ni.

5 tumbuhan dalam rumah yang cantik dan mudah dijaga

Kredit: Shopee

#5 Succulent Plant (RM3.90)

5 tumbuhan dalam rumah yang cantik dan mudah dijaga

Kredit: Shopee

Suka tanaman yang comel-comel? Kaktus kecil ni pilihan korang. Pastikan ia dapat cahaya matahari yang cukup, dan siram sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Jom dapatkan tanaman ni.

Apa kata korang padankan kaktus dan tanaman kecil ni dengan pasu bercorak yang berharga RM44.26 ni.

5 tumbuhan dalam rumah yang cantik dan mudah dijaga

Kredit: Shopee

Tak susah pun kan nak jaga pokok-pokok ni? Antara yang kitorang senaraikan ni, tanaman dan pasu mana satu yang korang suka?

ARTIKEL BERKAITAN