Wow! 4 Individu Popular Ini, Kini Bergelar Podcaster!

Tahu tak korang, sebenarnya podcast sudah menjadi satu platform terbesar sekarang ini. Jadi tak terkejut lah kalau para selebriti, personaliti atau figura ternama memulakan podcasts mereka tersendiri. 

Lagipun, masyarakat dan peminat lebih terpesona dengan budaya selebriti, boleh lihat dari segi populariti bintang media sosial yang semakin meningkat sejak tempoh kuarantin ini.

Selain menyelami kehidupan mereka sendiri di podcast, mereka akan menggunakan platform ini untuk meluaskan pandangan pendengar dalam pelbagai bidang, budaya dan kisah penuh inspirasi. 

Jadi sini ada beberapa podcast oleh beberapa selebriti dan personaliti tanah air hanya di SYOK podcast!

1. Datuk Aznil Haji Nawawi : SYOK Terkejutawan

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOKcast (@syokcast)

Pengacara, pelakon, bekas penyampai radio, Datuk Aznil Haji Nawawi menceburi perkara baharu menampilkan dirinya sebagai seorang podcaster buat pertama kali. Cerita disebalik 7 jutawan muda ini memberi perspektif baru tentang bergelar ‘Orang Kaya’ itu bukan mudah. Malah segala liku kehidupan dibongkarkan secara eksklusif!

Dengarkan lebih lanjut mengenai kisah kehidupan jutawan muda hanya di SYOK Terkejutawan

2. Dr Soo Wincci : Selebriti Podcast - Dr Soo Wincci

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOKcast (@syokcast)

Perjalanan Dr Soo Wincci dalam dunia seni bukanlah satu perkara yang mudah. Apabila diri bergelar anak seni, pelbagai cabaran dan ujian yang perlu ditempuhi. Dalam masa 15 tahun, Dr Soo Wincci berjaya meraikan empat ijazah dan satu PhD dan kini sedang menyambung PhD keduanya dalam bidang Philosophy di Spain. 

Segala pencapaian akademiknya hari ini bukanlah satu takdir, malah ia adalah usaha keras yang tak pernah terhenti. Perjalanan yang penuh pahit dan manis. Bahkan, beliau telah menjadi seorang ikon inspirasi bagi wanita di luar sana.

Dengarkan lebih lanjut mengenai perjalanan hidup beliau di Podcast Selebriti: Dr Soo Wincci.

3. Nabil Ahmad & Ustaz Don Daniyal : The Deen Hustler Show bersama Nabil & Ustaz Don Daniyal

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOKcast (@syokcast)

Setiap manusia sudah pasti ingin mengubah kehidupan ke arah lebih baik. Penghijrahan bukanlah satu perjalanan yang muda dan perlukan bimbingan dan contoh yang baik. Oleh itu, Nabil Ahmad berkongsikan perjalanan menarik tentang penghijrahan, kehidupan baharu, rezeki bersama Ustaz Don Daniyal dalam The Deen Hustler Show bersama Nabil & Ustaz Don Daniyal.

Ikuti perjalanan menarik Nabil dalam The Deen Hustler Show bersama Ustaz Don Daniyal

4. Tony Fernandes : Talks With Tony

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOKcast (@syokcast)

Buat pertama kali, usahawan terunggul tanah air, Tony Anthony Francis Fernandes, akan berkongsi idea-idea unik dan membuka luas pemikiran para pendengar tentang landskap perniagaan yang sentiasa berubah mengikut pengedaran masa. Sertailah dia dalam Talks With Tony ketika dia menyelami pelbagai masalah dengan beberapa tetamu yang sangat istimewa.

Dengarkan dan bersedia untuk menyelami lebih mendalam tentang dunia perniagaan hanya di Talks With Tony.

Anda boleh mendengar ke semua podcast ini hanya di aplikasi SYOK atau boleh klik di sini untuk mendengar podcast eksklusif di SYOK.

Jika anda ingin mendengar podcast dalam Bahasa Inggeris, anda boleh klik di sini.

Untuk info lebih lanjut, boleh mengikuti perkembangan terkini di Instagram @syokcast.