Sekali pandang, tulisan tangan pada helaian kertas ini saling tak tumpah bagaikan cetakan daripada komputer.
Menerusi video Tiktok yang tular, tulisan tangan ini adalah milik seorang gadis bernama Rigina Arlie, 15, gadis dari Prabumulih, Sumatera Selatan, yang memberitahu bahawa aktiviti menulis adalah hobinya di masa lapang selain sering juga memperuntukkan dua hingga tiga jam sehari bagi berlatih menulis.
“Saya akan habiskan masa sekitar dua hingga tiga jam sehari untuk menulis bagi memastikan konsistensi hasil tulisan.
“Antara cabaran ketika latihan adalah kehabisan dakwat pen atau diganggu orang sekeliling hingga hilang fokus,” ujar Rigina.
Disebabkan sangat teliti dalam menulis, Rigina turut ketinggalan dalam mencatat nota penting ketika dalam kelas.
Beliau juga tidak suka melihat tulisan yang buruk, maka beliau akan mengambil masa lebih lama apabila mencatat nota pelajaran.
Sumber: [1]