3 Guru Muda Penuh Inspirasi Yang Korang Kena Follow Dekat Twitter

16 Mei merupakan tarikh keramat buat para pendidik di seluruh Malaysia. Guru bukan sahaja mengajar kita mengira atau membaca tetapi erti kehidupan.

Bersempena hari guru pada hari ini, kami nak kongsi dengan korang semua tiga orang guru muda yang sering berkongsi kisah dan pengalaman mereka sebagai seorang pendidik.

1. Cikgu Khairul Izzuddin (@k_izzuddin)

3 guru muda penuh inspirasi yang korang kena follow dekat twitter

Cikgu Khairul sering berkongsi kisah dan pengalamannya sebagai seorang pendidik di kawasan pedalaman. Sebelum ini, beliau mengajar di kawasan pedalaman di Sarawak. Selepas berpindah, beliau di tempatkan di sebuah sekolah di kawasan pedalaman di Kelantan pula. Kalau nak tahu macam mana perjuangan seorang pendidik boleh lah follow Cikgu Khairul di twitter beliau.

 

2. Cikgu Fazri Hassan (@fazri_hassan)

3 guru muda penuh inspirasi yang korang kena follow dekat twitter

Menjadi pendidik bagi mereka yang kelainan upaya bukanlah satu perkara yang mudah. Begitulah cabaran yang dihadapi oleh Cikgu Fazri Hassan. Bagaimanapun, Cikgu Fazri sentiasa berkongsi aktiviti-aktiviti yang dilakukan olehnya bersama anak-anak didikannya melalui twitter. Kalau korang nak tahu macam mana menjadi seorang pendidik kepada anak-anak kelainan upaya, follow lah akaun twitter Cikgu Fazri. Best!

 

3. Cikgu Hanun (@Kuntum_)

3 guru muda penuh inspirasi yang korang kena follow dekat twitter

Cikgu Hanun merupakan salah seorang guru di Buku Jalanan Chow Kit (BJCK). Sekolah Buku Jalanan Chow Kit menempatkan pelajar-pelajar yang tidak bernasib baik seperti tidak mempunyai dokumen dan datang dari keluarga yang kurang bernasib baik. Cikgu Hanun sering berkongsi pengalamannya sebagai seorang guru yang mengajar anak-anaknya di Chow Kit.

Walauapapun, hargailah guru korang sebab kerana merekalah kita kenal erti dunia. Kepada guru-guru di luar sana, kami dari team SYOK mengucapkan Selamat Hari Guru!