10 Penulis Malaysia Yang Mendapat Anugerah Hebat Di Luar Negara

Sumber Says.Com Tahukah anda bidang penulisan satu bidang yang mencabar? Penulis perlu menulis sesuatu perkara dengan fakta yang tepat. Kemudian selalu membuat rujukan dan membaca supaya cara penulisan menjadi berkembang. Di sini, kami kongsikan dengan anda, sepuluh penulis hebat Malaysia yang mendapat perhatian luar negara. Mereka semua mempunyai kehebatan masing-masing dan telah memenangi pelbagai anugerah menerusi penulisan mereka. Zen Cho 1. zen cho Zen Cho sekarang berada di London pernah memenangi anugerah William L.Crawford Fantasy 2015 dengan penulisannya yang unik mengenai koleksi fiksyen di Malaysia. Sebelum ini Cho pernah dicalonkan di anugerah John W.Campbell untuk penulis terbaik pada tahun 2013. Artikelnya banyak dikeluarkan di dalam suratkhabar, majalah, secara online dan sebagainya. Tan Twan Eng 2. tan twan eng Anak kelahiran Pulau Pinang ini asalnya seorang peguam tetapi bertukar profesion menjadi penulis. Dia adalah penulis pertama dari Malaysia yang menerima Asian Literary Prize menerusi novel keduanya berjudul The Garden of Evening Mists. Manakala The Gift of Rain adalah novel terbaiknya kerana telah diterjemahkan ke bahasa Itali, Sepanyol, Greek, Romania, Czech dan Serbia. Malim Ghozali PK     3. malim ghozali Novel berjudul Tree of Sorrow penulis ini telah dicalonkan di International Dublin Literary Award pada tahun 2015. Pada asalnya novel tersebut berjudul Luka Kering. Malik pernah memenangi beberapa anugerah antaranya ESSO-Gapena Literary Prize, anugerah Public Bank Literary dan lain-lain. Nazehran Jose Ahmad 4.nazehran jose Berasal dari Kelantan, Nazehran seorang lagi penulis dari Malaysia yang dicalonkan di International Dublin Literary Award 2015. Nazerhan mempunyai pengalaman menulis lebih daripada sepuluh tahun. Bukan sahaja buku mengenai kanak-kanak tetapi juga novel. Farish Ahmad Noor 5. dr.farish ahmad Farish telah disenarai pendek untuk International Convention of Asia Scholars (ICAS) Book Prize Award pada tahun 2013 untuk penulisannya berkaitan dengan politik Islam. Berasal dari Pulau Pinang, Dr.Farish seorang ahli akademi prolifik dan ahli sejarah dengan pengalaman dalam falsafah. Dia telah menerbitkan beberapa buah buku mengenai aktivisme politik dan agama di Asia Tenggara. Steven Steel (Tey Feng Nian) 6. steven steelBerusia 18 tahun dan berada dari Pulau Pinang telah mengalahkan 75,000 penyertaan untuk memenangi 2015 Wattys Award untuk Best Use of Visuals menerusi novel sains fiksyen yang berjudul Someone?s In My Head. Rani Manicka 7. rani manicka Rani seorang graduan ekonomi, telah memenangi Commonwealth Writers Prize in 2003 menerusi novel pertamanya. Mengambil sedikit kisah keluarganya yang berasal dari Sri Lanka, novel berjudul The Rice Mother mengisahkan tentang kelemahan sifat manusia dan akibat peperangan. Tash Aw 8. tash aw Tash Aw dilahirkan di Taipie tetapi dibesarkan di Kuala Lumpur dan kini bermastautin di London. Buku yang ditulis oleh Tash pada tahun 2005 berjudul The Harmony Silk Factory telah dialih bahasa kepada 23 bahasa dan memenangi Commonwealth Writers Prize dan Whitbread First Novel Award. Dina Zaman 9. dina zaman Dina telah mengambil masa 13 tahun untuk menyiapkan bukunya berjudul King of The Sea. Masa yang lama itu membuahkan hasil kerana buku tersebut telah disenaraikan di Frank O?Connor Short Story Award in 2012. Dina memulakan projek bukunya itu ketika dia belajar di Universiti Lancaster pada tahun 1993. Heidi Shamsuddin 10. heidi shamsuddin Heidi adalah penulis buku kanak-kanak telah memenangi anugerah di Eye Level Children?s Literarture Competition dengan buku berjudul Johan the Bee Hunter pada tahun 2012. Sebelum Heidi bergiat dalam menulis buku untuk kanak-kanak, dia adalah seorang peguam di United Kingdom dan pemilik sebuah kedai di Malaysia. Heidi menulis pelbagai kisah tetapi jiwa lebih kepada penceritaan untuk kanak-kanak.