Baru-baru ini, tular satu dakwaan yang mengatakan seekor beruang di sebuah zoo dekat China menggunakan maskot yang dipakai oleh seorang manusia, sebagai haiwan dalam kandang mereka.
Menerusi video yang tular, kelihatan beruang hitam itu berdiri dengan kedua kakinya dihadapan tembok batu, sambil berinkteraksi sesama pengunjung zoo, termasuklah melambai-lambai mereka.
Apa yang membuatkan orang ramai beranggapan beruang itu ialah maskot adalah kerana postur badan haiwan berkenaan yang kelihatan bagaikan seorang manusia. Malah, beruang itu juga nampak lebih “berbakat” berbanding kebanyakkan beruang biasa.
Zoo Hangzhou bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan mengatakan adalah mustahil ia maskot manusia kerana suhu sekitar mencecah 40°C dan tidak mungkin seseorang itu boleh bertahan untuk berada dalam maskot dibawah panas terik.
Meskipun begitu, ramai yang masih percaya ia bukan beruang sebenar, melihat kepada beberapa tanda lain seperti kaki beruang yang nampak seperti sedang memakai seluar.
Ini bukan pertama kali zoo di China mendapat perhatian seperti ini. Pada tahun 2019, Yancheng Wild Animal World di Changzhou telah mencetuskan kontroversi kerana meminta pekerjanya memakai kostum dan beraksi bagaikan seekor gorila.
Sumber: The Straits Times