Zlatan Jadi Pelakon Pula, ‘I Am Zlatan’ Bakal Temui Penonton

zlatan jadi pelakon pula, ‘i am zlatan’ bakal temui penonton

Zlatan Ibrahimovic bakal jadi pelakon!

Haa, penyerang berpengalaman itu akan muncul dalam filem biopik berjudul I Am Zlatan yang dijadual ditayangkan tahun depan.

I Am Zlatan ini merupakan kisah kehidupan pemain kelahiran Sweden ini dan berdasarkan buku Zlatan berjudul ‘I, Ibra’.

Ibrahimovic yang akan melakonkan dirinya sendiri dalam filem itu turut terlibat dalam penulisan skrip filem ni.

Karier Zlatan di atas padang juga tidak kurang hebatnya walaupun dah berusia 39 tahun.

Dia berjaya bantu AC Milan untuk duduki tangga teratas Serie A musim ini dengan rekod tanpa kalah selepas 7 perlawanan.

Dalam 5 penampilannya, Zlatan dah jaringkan 8 gol.

Main bola hebat, boleh berlakon, tulis skrip pun boleh. Lain macam la Zlatan ni.

Oleh: Karami Kamel