Zendaya Kini Pelakon Paling Popular Di Dunia, Atasi Shah Rukh Khan

Pelakon Zendaya kini dilaporkan bergelar pelakon yang paling popular di dunia, mengatasi aktor nombor dua dunia, iaitu Shah Rukh Khan.

zendaya kini pelakon paling popular di dunia, atasi shah rukh khan

Zendaya, yang turut muncul dalam filem ‘Spider-Man: No Way Home’ baru-baru ini tersenarai antara pelakon yang paling mendapat permintaan di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia, menurut Parrot Analytics.

Permintaan terhadap Zendaya dikatakan mencecah paras tertinggi ketika separuh kedua musim terbaru drama bersiri Euphoria yang dibintanginya.

Ia berkembang dengan mantap dari ketika dia membintangi filem Dune pada Oktorber 2021 hingga ke akhir musim Euphoria pada Februari tahun ini.

Sepanjang tempoh tersebut, juga merupakan tayangan ‘No Way Home’ iaitu pada Disember 2021, sekaligus menjadikan permintaan bakatnya melonjak hingga 150 peratus lebih tinggi di Amerika Syarikat selepas Andrew Garfield yang turut muncul dalam filem terbabit.

Di peringkat antarabangsa, Zendaya turut menerima permintaan global 38.5 kali lebih tinggi berbanding purata selebriti dalam tempoh sama, iaitu dari Oktober hingga Februari.

Kejayaan tersebut mendahului pelakon nombor dua dunia, bintang Bollywood, Shah Rukh Khan, yang 36.8 kali lebih banyak mendapat permintaan.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN