YouTube kini dilihat sedang meningkatkan persaingannya dengan TikTok, dengan menambahkan beberapa ciri-ciri baharu ke platform mereka.
Salah satu ciri baharu pada platform ‘Shorts’ oleh YouTube ialah fungsi "Collab," yang membolehkan pengguna merekodkan video dalam format bersebelahan dengan video YouTube atau Shorts lain. Ciri ini hampir sama dengan fungsi 'Duet' yang popular di TikTok, membolehkan pencipta merespon hantaran video pengguna lain.
Selain itu, YouTube juga telah memperkenalkan stiker soal dan jawab (Q&A) untuk Shorts, membolehkan pencipta untuk meminta respons terus dari penonton dalam aliran Shorts. Platform ini juga melancarkan penyiaran langsung secara menegak, seakan meniru cara yang diperkenalkan TikTok sebelum ini.
YouTube dilihat fokus mahu memudahkan penciptaan Shorts dengan menawarkan short-cut yang menghubungkan penonton dengan audio dan/atau kesan khas dari Shorts yang mereka tonton. Ini membolehkan mereka menggunakannya sebagai templat video, yang dilihat hampir sama dengan kemampuan diperkenalkan menerusi aplikasi Instagram dan TikTok.
Selain itu, YouTube kini juga membenarkan pengguna menyimpan Shorts ke dalam senarai main secara terus di platform, menjadikan lebih mudah untuk melihat semula kandungan Shorts. Mereka juga sedang menguji fungsi baharu untuk menukar video mendatar menjadi klip Shorts secara menegak.
Walaupun penggunaan ciri-ciri yang mirip dengan TikTok di YouTube amat jelas, terdapat kelebihan potensi untuk pencipta kandungan di platform YouTube. Dengan kehadiran platform Shorts, pencipta kandungan berpotensi untuk memperluas pengikut mereka dengan kandungan bentuk panjang di aplikasi tersebut, yang menawarkan peluang lebih baik untuk menjana pendapatan atas talian.
Kandungan bentuk pendek secara tradisional lebih mencabar untuk dimonetisasi, itulah sebabnya mengapa TikTok sedang meneroka jalan lain, seperti membeli-belah dalam talian, untuk menyokong pendapatan pencipta kandungan. Dengan YouTube Shorts mencapai jumlah 2 bilion pengguna aktif bulanan, ia memberikan peluang kepada pencipta kandungan untuk mendapat tontonan yang sangat besar, menandingi YouTube dan Instagram.
Apa kata anda?
Sumber: Social Media Today