Gempar dalam industi K-pop, YG Entertainment telah mengumumkan bahawa kumpulan K-pop lelaki, TREASURE akan diteruskan sebagai 10 ahli selepas penamatan kontrak Bang Yedam dan Mashiho.
Menurut kenyataan yang dikongsi di halaman Weverse TREASURE, YG Entertainment membuat pengumuman bahawa Bang Yedam dan Mashiho tidak akan lagi meneruskan promosi dengan TREASURE.

“Helo, ini YG Entertainment.
Terlebih dahulu, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua TREASURE MAKERS atas segala sokongan dan kasih sayang terhadap TREASURE.
Hari ini, kami mempunyai pengumuman penting tentang aktiviti masa depan TREASURE.
Melangkah ke hadapan, TREASURE akan berubah menjadi 10 ahli – terdiri daripada Choi Hyun suk, Jihoon, Yoshi, Junkyu, Yoon Jae hyuk, Asahi, Doyoung, Haruto, Park Jeong woo dan So Jung hwan.
Selepas perbincangan yang panjang dan teliti dengan Mashiho dan Bang Yedam, kami telah dipersetujui bersama untuk menamatkan kontrak antara kedua mereka dan YG Entertainment.
Kami telah mencapai persetujuan sedemikian supaya Mashiho mempunyai masa yang sukup untuk pulih daripada keadaan kesihatannya, dan Bang Yedam boleh meneruskan kerjayanya sebagai penerbit.
Mengetahui bahawa semua peminat TREASURE telah menunggu Mashiho dan Bang Yedam, kami sangat sedih dengan pemergian mereka kerana mereka telah bersama TREASURE sejak dari awal lagi. Kami meminta sokongan berterusan anda untuk kedua-dua Bang Yedam dan Mashiho.
YG Entertainment akan berusaha sebaik mungkin dalam berkomunikasi dengan TREASURE MAKERS dan menyokong aktiviti masa depan TREASURE.
Terima kasih".
— YG Entertainment
Sebelum ini, YG Entertainment memberitahu bahawa Bang Yedam dan Mashiho hanya akan berehat daripada sebarang promosi dengan TREASURE.
Sumber: Koreaboo