Yeay! Harimau Malaya Di Zoo Taiping Lahirkan 3 Ekor Pewaris

yeay! harimau malaya di zoo taiping lahirkan 3 ekor pewaris

Harimau Malaya merupakan simbolik kepada negara kita, Malaysia. Bagaimanapun, spesis ini telah dikategorikan antara yang rare dan terancam.

Baru-baru ini, Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) telah memaklumkan bahawa seekor harimau Malaya telah melahirkan 3 ekor anaknya. Buat masa ini mereka tidak dpat mengenalpasti akan jantina bayi-bayi yang baru dilahirkan kerana PKP.

Berdasarkan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir, berat anak harimau yang baru dilahirkan itu dianggarkan di antara 700 hingga 900 gram. Sehingga hari ini Zoo Taiping telah mempunyai 8 ekor Harimau Malaya termasuklah yang baru dilahirkan itu.

Harimau Malaysia atau nama saintifiknya Panthera Tigris Jacksoni adalah spesis haiwan yang hidup bersendirian atau ‘solitary’. Spesis ini telah dikategorikan sebagai ancaman kepupusan pada tahap kritikal (zon merah) oleh International Union for Conservation of Nature.

Sumber: Astro Awani