Yay! Boleh Dobi Baju!

yay! boleh dobi baju!

Lega sikit rasa kan bila kerajaan umum boleh pi kedai dobi layan diri kat kawasan yang kena PKP sekarang. 

Yelah sekarang ni kan musim hujan. Kalau yang berkeluarga memang perlu nak ke kedai dobi. Setakat basuh tu mungkin boleh tapi kalau dan 2-3 hari tak kering-kering, bau pun kepam duk jemur dalam rumah dari depan sampai belakang memang harulah kan…huhuhu 

Yang bujang pun sama. Biasa keluar kerja lepas subuh, balik hari dah malam. Mana nak sempat membasuh menjemur bagai melainkan ke kedai dobi. Kalau pi kedai dobi ha siap semua sekali harung. 

Jadi terima kasih Tok Mail dan kerajaan. Baju bersih kering rakyat senang hati.

Eh ehhh! Tapi yang ni semua kena ambik perhatian ya! Kelonggaran yang kerajaan bagi mestilah ada syaratnya jugak sebab kita semua tak nak PKP lama-lama kan? 

Syaratnya kedai dobi kena sediakan pekerja yang bertugas jaga premis untuk pastikan SOP dan penjarakan fizikal dipatuhi. 

Virus COVID-19 sekarang dalam dalam komuniti! Jangan santai sangat! 

Lagi satu, biasanya waktu operasi dobi layan diri sepanjang masa kan, tapi time PKP ni dipendekkan sikit. 

Operasinya sekarang bermula 6.00 pagi sampailah 8.00 malam. 

Kira OK lah tu kan...alhamdulillah.  

Oleh: KJ 

Sumber & foto: AWANI, BERNAMA, Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, Utusan & Internet