Bulan Jun ini SYOK dedikasikan kempen buat seluruh rakyat Malaysia berkenaan penjagaan kesihatan mental.
SYOK Altruis (Altruis bermasud prihatin) akan membawa korang semua bersama dengan frontliner, doktor psikatri dan beberapa video lagi untuk memberi korang kesedaran betapa pentingnya norma baharu dan macam mana nak handle mental health sepanjang penularan COVID-19 ini.
Minggu lepas, Azwar Kamaruzaman dah pun menemubual dengan seorang jururawat terlatih dan juga frontliner yang berkhidmat di sebuah hospital di bawah Kementerian Kesihatan, Puan Nur Nabiila atau lebih dikenali sebagai Kak Bel.
Beliau berkongsi cerita bagaimana perjalannya dan juga pengalamannya sebagai salah seorang frontliner yang berkhidamt untuk negara.
Beliau juga menitipkan beberapa nasihat buat seluruh rakyat Malaysia untuk terus berjaga-jaga memandangkan wabak ini sangatlah bahaya dan tidak kelihatans serta masih belum ada vaksin.
Untuk melihat video penuh, korang boleh tengok di aplikasi SYOK serta Facebook dan IGTV SYOK.