Yang Nak Balik Kampung Tu, Hati-Hati! Kalau Penat Berhentilah Di RnR

yang nak balik kampung tu, hati-hati! kalau penat berhentilah di rnr

Pengumuman daripada kerajaan tentang membenarkan rakyat untuk merentas negeri bermula 10 Jun membuat ramai orang teruja dan merebut peluang untuk balik kampung menjelang raya ini.

Kawasan rehat atau R&R juga dibenarkan untuk beroperasi. Kalau korang berasa penat, boleh berhenti dan berehat sebentar di R&R. Korang berpeluang untuk solat, makan dan juga ke tandas awam.

Pengunaan fasiliti di kawasan rehat seperti kedai makan, tandas awan dan bilik solat mula beroperasi dan boleh digunakan. Ramai yang sudah mula balik kampung selepas pengumuman dilakukan. Turut dimaklumkan restoran, gerai makan, semua kedai kedai yang sebelum ini hanya dibenarkan beroperasi sehingga pukul 10 malam dan kini dilanjutkan sehingga pukul 12 tengah malam.

Walaupun banyak kelonggaran diberikan oleh kerajaan tetapi SOP harus dipatuhi. Rakyat perlu mengamalkan norma baharu selain menjaga kebersihan diri masing masing. Hargai penat lelah frontliners dan sama sama kita putuskan rangkaian Covid-19.

Oleh: Khalie

Sumber: R&Rdibuka