Baru-baru ni trending di Twitter akan perkataan Xenophobia. Tapi, korang tahu ke apa tu Xenophobia?
Ok, actually Xenophobia ni apabila seseorang tu rasa takut atau terancam atau rasa benci seseorang kepada orang asing. Selalunya benda ni muncul apabila seseorang itu ada rasa konflik dengan seseorang.
Rasa ni muncul apabila muncul satu persepi akan kelompok itu asing bagi sesuatu kelompok atau komuniti yang lain. Kalau ikutkan sejarah Romawi Kuno, xenophobia ini lah yang menyebabkan berlakunya perkara seperti diskriminasi dan kekerasan kepada sesetengah kelompok atau komuniti di seluruh dunia.
Macam mana nak tahu seseorang itu ada xenophobia?
1. Dia merasa tidak senang apabila berada dalam kelompok atau komuniti yang berbeza.
2. Dia akan berusaha untuk mengelak daripada kawasan tertentu kerana adanya persepti buruk terhadap masyarakat setempat.
3. Tidak mahu berkawan dengan orang lain kerana persepsi yang ditanam di dalam fikiran.
Bagaimanapun, menurut Tribun Kesehatan, Xenophobia tidak lah dikelaskan sebagai gangguan mental dalam Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM-5). Tetapi, para pakar psikologi dan psikatri telah menyarakan untuk menganggap mereka yang mempunyai masala rasisme dan prasangka yang ekstrem sebagai masalah kesihatan mental.
Sumber: Tribun Kesihatan