WHO Tubuhkan Jawatankuasa Baru, Harapan Terakhir Kaji Asal Usul COVID-19

Pertubuhan Kesihatann Sedunia (WHO) mengumumkan bahawa mereka akan menubuhkan satu jawatankuasa baru yang berkemungkinan menjadi peluang terakhir untuk mencari asal usul COVID-19.

who tubuhkan jawatankuasa baru, harapan terakhir kaji asal usul covid-19

Memetik laporan Astro Awani, WHO telah mencalonkan 26 pakar untuk menganggotai jawatankuasa yang dikenali sebagai Scientific Advisory Group on the Origins of Novel Pathogens (SAGO) itu.

Dalam pada itu, anggota jawatankuasa SAGO yang dicadangkan termasuk enam pakar yang pernah membuat kajian di China sebelum ini.

Pasukan terbabit akan turut mengkaji sekiranya virus itu berpunca daripada haiwan kemudian menular ke manusia di pasar Wuhan atau mungkin tersebar dari makmal, yang mana teori makmal itu tersebut terus dinafikan China.

Walaupun sudah lebih satu setengah tahun sejak pandemik COVID-19 didakwa mula menular dari bandar Wuhan, China, persoalan tentang bagaimana ia pertama kali muncul masih belum jelas.

Awal tahun ini, pasukan WHO yang ditugaskan untuk menyelidik asal usul COVID-19 menjalankan kajian di China dan melaporkan virus tersebut mungkin berpunca daripada kelawar.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus bagaimanapun mendakwa, kekurangan data dan kekangan China mengurangkan ketepatan penemuan tersebut.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN