WHO Saran Dos Tambahan Vaksin Untuk Individu Lemah Sistem Imun

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan agar golongan yang mempunyai sistem imun yang rendah untuk diberikan dos tambahan vaksin COVID-19.

who saran dos tambahan vaksin untuk individu lemah sistem imun

Ia adalah kerana, golongan ini lebih mudah mendapat jangkitan meskipun lengkap dua dos vaksin.

 

Menurut kumpulan pakar, dos tambahan wajar diberikan kerana sistem imunisasi golongan ini berkemungkinan tidak dapat dilindungi dengan dua dos vaksin, seterusnya berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang lebih serius.

 

Saranan WHO ini juga disokong oleh kajian yang dilakukan sebelum ini.

 

Pun begitu, pihak berkuasa kesihatan diminta memaksimumkan suntikan dua dos dalam kalangan populasi lebih berusia terlebih dahulu, sebelum meneruskan program suntikan tambahan.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN