WHO Lapor Kes Cacar Monyet Meningkat Tiga Kali Ganda

Ketika dunia semakin reda dengan pandemik COVID-19, kini kita sedang berdepan dengan jangkitan cacar monyet pula.

.

Demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengesahkan sejumlah 780 kes cacar monyet disahkan di negara bukan endemik virus berkenaan. Ia sekaligus peningkatan sebanyak tiga kali ganda berbanding 257 kes dilaporkan minggu sebelumnya.

who lapor kes cacar monyet meningkat tiga kali ganda

Menurut WHO, sejumlah 27 negara bukan endemik cacar monyet sudah merekodkan kes jangkitan dan ia kali pertama menular di luar benua Afrika.

.

Sebahagian besar kes cacar monyet dikesan di Eropah dan Amerika Utara, sementara sebilangan kecil di Mexico, Argentina, Maghribi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

who lapor kes cacar monyet meningkat tiga kali ganda

United Kingdom (UK) mencatatkan kes tertinggi kes cacar monyet dengan 207 kes, diikuti Sepanyol 156 dan Portugal 138 kes.

.

WHO turut memaklumkan ada kalangan kes jangkitan disahkan tiada kontak rapat dengan kes positif, namun tahap risiko kepada kesihatan umum adalah kekal rendah.

.

Malah kebanyakan kes jangkitan cacar monyet juga tidak menunjukkan ciri klinikal cacar monyet dan akan pulih dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu.

.

Antara simptom cacar monyet adalah sakit kepala, bengkak, sakit otot dan ruam seluruh badan.

.

Sumber: [1]