WHO Kenalpasti Tiga Lagi Subvarian Omicron, Boleh Akibatkan Jangkitan Lebih Teruk

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran mengenai kemunculan tiga subvarian Omicron yang boleh menyebarkan virus COVID-19 dengan lebih pantas.

who kenalpasti tiga lagi subvarian omicron, boleh akibatkan jangkitan lebih teruk

Tiga subvarian itu adalah BA.4, BA.5 dan BA.2.12.1 dikatakan boleh menyebabkan jangkitan yang lebih teruk berbanding strain asal Omicron.

.

Perkara itu telah dipantau ramai saintis di seluruh dunia dengan melihat kepada subvarian di Afrika Selatan dan Amerika Syarikat sebelum kesimpulan itu dibuat.

.

Sebelum ini, saintis di Afrika Selatan telah mengenalpasti subvarian BA.4 dan BA.5 dengan hasil kajian mendapati strain berkenaan boleh menjangkiti semula mereka yang pernah dijangkiti Omicron asal.

who kenalpasti tiga lagi subvarian omicron, boleh akibatkan jangkitan lebih teruk

Meskipun terdapat peningkatan dalam bilangan pesakit yang dijangkiti subvarian itu, namun tiada peningkatan kes kematian dicatatkan.

.

Lebih membimbangkan, terdapat laporan yang mendapati subvarian itu mampu menembusi perlindungan imuniti yang diperoleh dari suntikan vaksin sedia ada.

.

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN